Friday, July 3, 2009

HARI TERBUKA SKBU

3/7/2009 - Hari ini sekolah sibuk dengan Hari Terbuka. Ramai ibubapa/penjaga yang datang awal pagi untuk mengelakkan beratur panjang. 

Semua ibubapa yang hadir diberikan 'Borang Aduan/Cadangan PIBG SKBU' oleh AJK PIBG bertugas. Peti aduan/cadangan PIBG juga ditempatkan di pos pengawal bermula hari ini.

Setiausaha PIBG akan mengedarkan borang yang sama kepada guru-guru selepas urusan hari terbuka selesai.

Dengan adanya borang aduan ini, lengkaplah segala saluran komunikasi diantara ahli PIBG iaitu ibubapa/penjaga dan guru-guru.

PIBG SKBU amat berharap kemudahan ini digunakan untuk tujuan yang positif dan membina demi melahirkan hubungan yang lebih erat di kalangan ibubapa, guru-guru dan juga pihak sekolah.

Terima kasih dan penghargaan kepada semua AJK yang telah berkorban masa mengedar borang serta memberikan penerangan kepada ibubapa/penjaga.