Monday, June 29, 2009

BULETIN PIBG-SKBU EDISI 2 - JUN




PENGUMUMAN PENTING UNTUK IBUBAPA

PIBG ada menerima beberapa rungutan dari ibubapa/penjaga mengenai pakaian sukan sekolah yang ditempah dan sudah pun dibayar duitnya tetapi masih belum menerima baju atau seluar ataupun kedua-duanya.

Ada dikalangan ibubapa juga mengatakan bahawa mereka telah membuat pembayaran pada 2 tahun lepas dan masih belum menerima pakaian tersebut.

Dengan ini, kami meminta ibubapa/penjaga agar menghubungi kami melalui email atau pun sms mana-mana AJK PIBG. Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh menghubungi terus kami. 

Sila pastikan anda memberi maklumat nama anda, nama anak, kelas anak, bila buat pembayaran (jika ingat), berapa jumlah yang dibayar (jika ingat). Kami akan bekerjasama dengan pihak S K Batu Unjur untuk menguruskan pemulangan wang anda.

Makluman ini adalah merangkumi semua pelajar SKBU serta pelajar-pelajar yang telah berpindah ke sekolah menengah. 

Kerjasama ibubapa/penjaga dan guru-guru adalah amat kami hargai.

Terima Kasih.

Tuesday, June 16, 2009

PEMBAYARAN YURAN

Kita telah menerima surat dari pihak SK Batu Unjur hari ini tentang pembayaran tambahan sekolah serta PIBG.

Kami menerima beberapa maklumbalas melalui panggilan telefon & sms dari ibubapa/penjaga yang menyatakan ketidakpuasan hati kerana tarikh pembayaran yang ditetapkan iaitu pada 17 Jun 2009 adalah terlalu singkat dan amat membebankan. (Surat adalah bertarikh pada 15 Jun 2009 dan diserahkan kepada para pelajar pada hari ini 16 Jun 2009)

Kami mengalu-alukan pendapat dan respons anda berkenaan dengan perkara ini agar dapat kami bawa ke pengetahuan pihak pentadbiran sekolah.

Kebanyakan respon yang kami terima adalah :

1) Notis/jangkamasa yang lebih rasional untuk ibubapa/penjaga menjelaskan bayaran tersebut.

APA KOMEN ANDA?