Tuesday, April 13, 2010
KAD METRIK MURID PUSAT SUMBER SEKOLAH
Tuesday, March 2, 2010
MESYUARAT AJK PIBG-SKBU KE-2
Wednesday, February 24, 2010
MAKLUMAN PENTING
Monday, February 22, 2010
SENARAI AJK PIBG-SKBU 2010
PENASIHAT (ex-officio) | En. Abd Aziz Hj Saidin | 012-6750512 |
YANG DIPERTUA | Tn Hj. Idris Ibrahim | 012-2015064 |
NAIB | En. Mohd Faizal Radzali | 014-3854871 |
SETIAUSAHA KEHORMAT | En. Mohd Halim Md. Zaid | 017-6434248 |
BENDAHARI | Cik Mas Eddayu Sirajuddin | 012-2741709 |
BIRO SERANTA /PENERANGAN | En. Mohd Faizal Radzali | 014-3854871 |
BIRO KEBAJIKAN & KESELAMATAN | Tn Hj. Idris Ibrahim | 012-2015064 |
En. Abd Wahab Mat Jais | 016-3134670 | |
BIRO KECERIAAN, SUKAN & PERALATAN | En. Mohd Ishak Hj. Hassan | 013-3707035 |
En. Syamsul Azhar | 019-3230476 | |
BIRO EKONOMI & KEWANGAN | En. Ayahvoo A/L Loganathan | 012-2959643 |
En. Mohd Fairuz Radzali | 016-2215571 | |
BIRO AKADEMIK | En. Raja Kamarul Zaman Raja Musa | 012-3739850 |
Puan Vasantha Kumari | 019-3222473 | |
WAKIL GURU | En Aziz Salleh | 012-2809728 |
Puan Siti Arfah | 017-9010299 | |
En. Yusuf Nordin | 012-3283805 | |
Cik Munira Mohd Nor | 012-2145803 | |
En. Arif Ismail | 012-5254253 | |
Puan Aminah Sabtu | 017-2869384 |
MESYUARAT AGUNG KALI KE-6 (20/02/2010)




Tahun ini kehadiran ibubapa kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin kerana cuti Gong Xi Fa Cai yang panjang... Guru-guru juga tidak ramai yang hadir kerana terpaksa menguruskan kelas-kelas tambahan.
- "Tandas terlalu kotor! Anak saya sentiasa mengelak dari membuang air di sekolah. Keadaan tandas yang berbau busuk, ketiadaan air di dalam tandas serta pam tandas yang menitikkan air.. amat menjijikkan. Keadaan ini akan memudaratkan anak-anak saya. Cadangan saya agar kebersihan tandas lebih dijaga, dicuci setiap kali sessi sekolah berakhir dan dipantau kebersihannya dari masa ke semasa. Harap pihak sekolah lebih prihatin dengan masalahyang diutarakan demi kesejahteraan pelajar." - Mazuaan Md Nor
- "Kebersihan tandas murid tidak memuaskan dan pembiakan nyamuk yang terlalu banyak di dalam tandas." - Azlila Ismail
- "Keadaan tandas yang sentiasa kotor - (perlu dipertingkatkan kebersihan tandas)." - M Azmi Omar
- "Penggunaan Tandas! Menanggalkan kasut dan memakai selipar membazir masa murid. Murid lebih pantas jika masuk tandas dengan kasut mereka sahaja. Bila tiada selipar di luar tandas mereka perlu menunggu sehingga murid lain keluar." - Rajeswary Jaganathan
- "Tandas sekolah perlu diperbaiki dan dibersih." - Teoh Bee Lan
- "Harap pihak sekolah menyelenggara tandas murid-murid dgn bersih dan memperbaikinya." - Suriati Saad
- "Bukan itu sahaja, tandas terlalu kotor sehingga murid-murid berasa geli untuk menggunakannya." - Sarawathy Kandasamy
- "Sediakan pas/pelekat kenderaan utk kenderaan mengambil & menghantar pelajar. Jangan benarkan peniaga2 kecil berada di kawasan luar pagar sekolah." - Saharin Abu Talib
- "Saya berharap supaya pihak pengurusan sekolah mengambil dan membuat tindakan sewajar berkaitan tempat letak kereta di kawasan sekolah. Pihak sekolah seolah-olah tidak nampak apa yang berlaku di hadapan sekolah. lebih-lebih lagi di waktu sesi petang. Nampaknya orang-orang luar lebih diutamakan daripada kami ibubapa yang terpaksa meletak kenderaan dan berjalan kaki utk menjemput anak2 kami. Masalah penjaja di hadapan di kawasan sekolah. Kadang2 ada juga pihak2 tertentu mengambil kesempatan menjual buku2 yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran, contohnya menjual buku2 cerita hantu, mistri dan buku sticker. Keadaan ini mengganggu emosi anak2." - Khairul Azaha Ismail
- "Letakkan notis "LARANGAN MEROKOK" di tempat menunggu bas di hadapan sekolah." - Aminuddin Abu Hassan
- "Penjaja yang menjual makanan ringan di hadapan kawasan sekolah, menggalakkan murid membelinya, ada yang diantara makanan yang dijual tidak baik dari segi kesihatan seperti aiskrim buatan sendiri dll." - Sivakumar H
- "Saya mencadangkan pihak sekolah serta PIBG tidak membenarkan peniaga-peniaga yang berniaga di depan pintu pagar sekolah kerana mengganggu kenderaan semasa murid-murid balik sekolah." - Norzurinawati Mohd Fauzhi
- "Menyediakan seorang cikgu atau sekuriti untuk keselamatan murid-murid melintas jalanraya semasa penghantaran dan pengambilan murid-murid dari dan ke sekolah." - Abul Hassan
- "Pantauan setiap masa pihak sekolah dan majlis daerah klang utk mengawal makanan dari penjaja luar sekolah." - Sulaiman Kassim
- "Saya mencadangkan agar waktu masuk sekolah pada hari Jumaat dilanjutkan dari jam 1410 ke 1430 ini adalah kerana waktu solat Jumaat berakhir lebih kurang jam 1415 ini ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas yang kita sedia maklum. Berikutan daripada itu anak-anak terpaksa masuk lewat ke sekolah. Diharap pihak sekolah dapat mempertimbangkannya." - Mohd Rizal Ahmad
- "Memasang CCTV di tempat-tempat utama untuk meningkat tahap keselamatan murid-murid. Anjurkan penerangan keselamatan kepada murid-murid." - Sivakrishnan PPN PJK
- "Harap pihak sekolah melakukan sesuatu bagi mengelak kesesakan waktu pulang sekolah dengan menghalang kenderaan awam yg ingin ke bank agar tidak meletak kereta di kawasan hadapan sekolah kerana mengelak membayar parking MPK." - Mazlan Mohd Sharif
- "Pengawal Keselamatan untuk melintas jalanraya pada waktu balik budak-budak sekolah dan lain-lain lagi." - Muksin Mambong
- "Makanan di kantin kurang bersih. Begitu juga dengan persekitarannya. Bukan itu sahaja, makanan dikantin sangat mahal. Harganya kian menaik tetapi kuantiti makanan masih sama." - Sarawathy Kandasamy
- "Kurangkan harga makanan di kantin sekolah." - Muksin Mambong
- "Makan di kantin mahal!." - Laitha Kolandaayer
- "Pihak sekolah memberikan senarai makanan yang dijual di kantin dengan disertakan harga (menu). Sebab seperti yang berlaku ke atas anak2 saya kadang-kadang mereka membeli jenis makanan yang sama pada hari yang berlainan tetapi ada ketikanya wang yang berikan berbaki dan di hari lain pula tiada. jadi kami (ibubapa) agak keliru untuk memikirkan berapakah jumlah wang yang patut diberikan untuk anak-anak. Mungkin anak2 agak ragu2 utk tanyakan harga." - Yahya Andaun
- "Makanan di kantin mahal dan tidak sedap." - Shari
- "Pembinaan/perbetulkan kantin dengan siap dan boleh digunakan oleh murid-murid." - Abul Hassan
- "Makanan yang dlm pinggan untuk dijual pada murid2 hendaklah ditutup dgn plastik mengelak dari debu dan lalat." - Che Bedah Hassan
- "Harga makanan di kantin terlalu mahal bagi budak sekolah rendah." - Azlila Ismail
- "Kantin harus diubahsuai segera kerana pelajar tidak dapat membeli makanan." - Teoh Bee Lan
- "Gotong-royong membersihkan sekolah." - Hasnah Palu
- "Gotong-royong membersihkan sekolah." - Kalsom Abu Bakar
- "Saya sebagai salah seorang ibu kepada pelajar yang belajar di Sekolah S.K Batu unjur, Klang, Selangor mencadangkan supaya mengadakan satu perjumpaan bergotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah anak kita. Ini dapat mencantikkan lagi alam sekitar di sekolah S.K Batu Unjur, Klang, Selangor. Jadi anak-anak kita pun merasa bangga bahawa sekolah mereka sentiasa terjaga akan kebersihan di sekitar Sekolah S. K. Batu Unjur, Klang, Selangor. Sekian dan itu sahaja cadangan saya. Terima Kasih." - Nur Sahida Chin Abdullah
- "Sentiasa mengadakan gotong-royong/mesyuarat bersama-sama dengan pelajar untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan ibubapa pe;ajar yang lain." - Suhaibah
- "Walaupun bayaran sudah dibuat utk keperluan seperti baju sukan dan lain-lain, kadang-kadang lambat diberi oleh pihak anda. Sedangkan bayaran semua dijelaskan." - Raduan Peri
- "Saya cadang agar pihak sekolah menyediakan air percuma (water cooler)." - Maryam Shaharudin
- "Saya ingin mencadangkan supaya pembayaran yuran sekolah dibayar sebelum sesi persekolahan bermula." - Haireyah Sarahan
- "Adakan kelas tuisyen setiap minggu untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah. Sentiasa memberi kerja rumah/latihan kepada pelajar untuk membantu pelajar cepat memahami apa yang diajar oleh guru di sekolah." - Suhaibah
- "AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN (AMP) - Bagaimana pula dengan pelajar yg telah mendapat kelulusan dari PPD Klang, apakah ianya boleh mengisi borang AMP atau sebaliknya, kerana saya difahamkan tahun ini 2010 hanya pelajar sebelumnya sahaja yang sememangnya akan diberi AMP." - Maidah Diman
- "Adakan kelas komputer supaya pelajar-pelajar celik IT." - Riduwan Mohd Taip
- "Supaya cikgu yang mengajar dalam kelas agar lebih tegas dan kalau boleh lebih garang sikit dan jangan takut mendenda anak murid sekiranya tidak mengerjakan kerja rumah yang cikgu berikan, dan juga yang tak ikut peraturan-peraturan dalam kelas atau di sekolah agar anak murid lebih berusaha dan berdisiplin insyaallah." - Rita Saharie
- "Di sini saya ingin usul masalah murid-murid yang suka membuli murid-murid perempuan. Sila tekankan pada murid-murid yang suka membuli dan tolong diambil peduli pada perkara tersebut. Terima kasih." - Mariani Mammak
- "Merapatkan hubungan di antara guru dan pelajar. Apabila seorang pelajar rapat dengan seorang guru secara tidak langsung pelajar berkenaan tidak akan segan2 bertanya jika kalau ada soalan yang tidak difahami." - Angking Gulam
- "SUKAN- Tiada penglibatan secara menyeluruh pada semua peringkat pelajar. Pelbagaikan acar sukan. Contoh :- sukaneka untuk tahap 1,2 dan 3, olahraga untuk tahap 4,5, dan 6, supaya kemeriahan dan keseronokan hari sukan sekolah dapat dikongsi oleh seluruh pelajar khasnya." Norazah Yusof
- "Kelas Bising!." - Wan Azman Hj Wan Ali
- "Saya cadangkan sewaktu murid nak balik hendaklah bersalam dengan cikgu dan ucapkan terima kasih kepada cikgu untuk lebih mesra hubungan murid dgn cikgu." - Mohd Djabar
- "Masalah pelajar yg maish tidak pandai membaca, hantar guru ke kursus kaedah membaca dgn cepat, supaya tahu teknik2 untuk mengatasi masalah membaca." - Mohammad Fauzi Mohammad Salleh
- "Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat2 bersejarah. Kem2 riadah sambil belajar diatur agar lebih ke arah mengeratkan perpaduan kaum." - Rosnida Adnan
- "Adakan kelas mengaji. Adakan kelas tambahan." - Muksin Mambong
- "Pelajar tidak faham terhadap kerja rumah yang diberi, tidak ada tunjuk ajar atas kerja rumah yang diberi mengakibatkan kesukaran memahami dan menyelesaikan kerja rumah mereka." - Sivakumar
- "Tingkatkan disiplin murid-murid supaya lebih mematuhi dan menerima arahan dari cikgu/guru." - Abul Hassan
- "Pemeriksaan mengejut setiap murid dilakukan untuk mengekalkan tahap disiplin setiap murid. Tahap pembelajaran pengawas juga perlu dititikberatkan." - Sulaiman Kassim
- "Pengawas atau guru ambil masa 10 minit sebelum tamat kelas untuk memeriksa beg sekolah untuk tahun 1, untuk menghindari dari kehilangan buku2 teks. Murid tahun 1 diberi peluang untuk ke tandas bersama seorang kawan terutamanya murid perempuan untuk mereka menyesuaikan dengan keadaan (3 bulan)." - Che Bedah Hassan
- "Memberi waktu untuk murid-murid sesi petang untuk mengerjakan solat Zohor/Asar." -Mohamad Azmi Omar
Friday, July 3, 2009
HARI TERBUKA SKBU
3/7/2009 - Hari ini sekolah sibuk dengan Hari Terbuka. Ramai ibubapa/penjaga yang datang awal pagi untuk mengelakkan beratur panjang.
Semua ibubapa yang hadir diberikan 'Borang Aduan/Cadangan PIBG SKBU' oleh AJK PIBG bertugas. Peti aduan/cadangan PIBG juga ditempatkan di pos pengawal bermula hari ini.
Setiausaha PIBG akan mengedarkan borang yang sama kepada guru-guru selepas urusan hari terbuka selesai.
Dengan adanya borang aduan ini, lengkaplah segala saluran komunikasi diantara ahli PIBG iaitu ibubapa/penjaga dan guru-guru.
PIBG SKBU amat berharap kemudahan ini digunakan untuk tujuan yang positif dan membina demi melahirkan hubungan yang lebih erat di kalangan ibubapa, guru-guru dan juga pihak sekolah.
Terima kasih dan penghargaan kepada semua AJK yang telah berkorban masa mengedar borang serta memberikan penerangan kepada ibubapa/penjaga.