Monday, February 22, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE-6 (20/02/2010)





Tahun ini kehadiran ibubapa kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin kerana cuti Gong Xi Fa Cai yang panjang... Guru-guru juga tidak ramai yang hadir kerana terpaksa menguruskan kelas-kelas tambahan.

Tiada sebarang pemilihan jawatankuasa bagi tahun ini. Cuma ada 1 usul pindaan penambahan perlembagaan PIBG-SKBU iaitu menerima ibubapa anak-anak pra-sekolah sebagai ahli PIBG.

Pihak pentadbiran SKBU juga mencadangkan kepada ibubapa untuk diadakan kelas tambahan untuk tahun 4, 5 dan 6 pada setiap hari Sabtu dengan bayaran sebanyak RM20.00. Perkara ini disokong oleh beberapa org ibubapa dan akan diperhalusi lagi di dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Ini adalah kerana pihak Sekolah tidak boleh menganjurkan atau mengutip sebarang bayaran dari ibubapa melainkan ianya dianjurkan oleh PIBG. Jawatankuasa juga perlu menilai pro & kontra cadangan ini kerana ianya melibatkan penyertaan sukarela guru-guru & pelajar.

Perasmian mesyuarat agung telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Rahman, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah, Klang. Beliau, di dalam ucapannya, menekankan bahawa PIBG bukan hanya berfungsi sebagai penyumbang kewangan apabila diminta oleh sekolah... malahan PIBG mestilah memainkan peranan proaktif di dalam memberikan idea-idea, pelaksanaan serta pemantauan. Kenyataan beliau amat bertepatan dengan ucapan YDP PIBG, Tn Hj Idris Ibrahim yang menekankan bahawa PIBG dan Sekolah adalah "SMART PARTNERSHIP".

Hubungan 3 hala yang proaktif diantara ibubapa-sekolah-guru adalah intipati penting ke arah meningkatkan prestasi murid di dalam pelbagai aspek.

Oleh kerana masa yang amat terhad, maka beberapa usul di pilih secara rawak dan dibacakan. Antaranya menyentuh tentang harga makanan dan minuman di kantin yang terlalu mahal, isu keselamatan murid, tandas kotor dan rosak dsb. (sila baca di bawah untuk senarai usul yang lengkap). Dalam perkara berbangkit, ada ibubapa yang mempersoalkan tentang tembok di bahagian pra-sekolah yang terlalu rendah dan juga tentang t-shirt serta seluar sukan yang telah dibayar sejak 2007 namun masih belum diterima sehingga ke hari ini. Semua persoalan telah dijawab oleh Tuan Gurubesar, En. Aziz Saidin yang memberi jaminan akan menyelesaikan segala permasalahan tersebut...

SENARAI USUL-USUL YANG DITERIMA DARI IBUBAPA
MELALUI BORANG CADANGAN USUL

TANDAS
  • "Tandas terlalu kotor! Anak saya sentiasa mengelak dari membuang air di sekolah. Keadaan tandas yang berbau busuk, ketiadaan air di dalam tandas serta pam tandas yang menitikkan air.. amat menjijikkan. Keadaan ini akan memudaratkan anak-anak saya. Cadangan saya agar kebersihan tandas lebih dijaga, dicuci setiap kali sessi sekolah berakhir dan dipantau kebersihannya dari masa ke semasa. Harap pihak sekolah lebih prihatin dengan masalahyang diutarakan demi kesejahteraan pelajar." - Mazuaan Md Nor
  • "Kebersihan tandas murid tidak memuaskan dan pembiakan nyamuk yang terlalu banyak di dalam tandas." - Azlila Ismail
  • "Keadaan tandas yang sentiasa kotor - (perlu dipertingkatkan kebersihan tandas)." - M Azmi Omar
  • "Penggunaan Tandas! Menanggalkan kasut dan memakai selipar membazir masa murid. Murid lebih pantas jika masuk tandas dengan kasut mereka sahaja. Bila tiada selipar di luar tandas mereka perlu menunggu sehingga murid lain keluar." - Rajeswary Jaganathan
  • "Tandas sekolah perlu diperbaiki dan dibersih." - Teoh Bee Lan
  • "Harap pihak sekolah menyelenggara tandas murid-murid dgn bersih dan memperbaikinya." - Suriati Saad
  • "Bukan itu sahaja, tandas terlalu kotor sehingga murid-murid berasa geli untuk menggunakannya." - Sarawathy Kandasamy
TEMPAT MENUNGGU & JALANRAYA
  • "Sediakan pas/pelekat kenderaan utk kenderaan mengambil & menghantar pelajar. Jangan benarkan peniaga2 kecil berada di kawasan luar pagar sekolah." - Saharin Abu Talib
  • "Saya berharap supaya pihak pengurusan sekolah mengambil dan membuat tindakan sewajar berkaitan tempat letak kereta di kawasan sekolah. Pihak sekolah seolah-olah tidak nampak apa yang berlaku di hadapan sekolah. lebih-lebih lagi di waktu sesi petang. Nampaknya orang-orang luar lebih diutamakan daripada kami ibubapa yang terpaksa meletak kenderaan dan berjalan kaki utk menjemput anak2 kami. Masalah penjaja di hadapan di kawasan sekolah. Kadang2 ada juga pihak2 tertentu mengambil kesempatan menjual buku2 yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran, contohnya menjual buku2 cerita hantu, mistri dan buku sticker. Keadaan ini mengganggu emosi anak2." - Khairul Azaha Ismail
  • "Letakkan notis "LARANGAN MEROKOK" di tempat menunggu bas di hadapan sekolah." - Aminuddin Abu Hassan
  • "Penjaja yang menjual makanan ringan di hadapan kawasan sekolah, menggalakkan murid membelinya, ada yang diantara makanan yang dijual tidak baik dari segi kesihatan seperti aiskrim buatan sendiri dll." - Sivakumar H
  • "Saya mencadangkan pihak sekolah serta PIBG tidak membenarkan peniaga-peniaga yang berniaga di depan pintu pagar sekolah kerana mengganggu kenderaan semasa murid-murid balik sekolah." - Norzurinawati Mohd Fauzhi
  • "Menyediakan seorang cikgu atau sekuriti untuk keselamatan murid-murid melintas jalanraya semasa penghantaran dan pengambilan murid-murid dari dan ke sekolah." - Abul Hassan
  • "Pantauan setiap masa pihak sekolah dan majlis daerah klang utk mengawal makanan dari penjaja luar sekolah." - Sulaiman Kassim
  • "Saya mencadangkan agar waktu masuk sekolah pada hari Jumaat dilanjutkan dari jam 1410 ke 1430 ini adalah kerana waktu solat Jumaat berakhir lebih kurang jam 1415 ini ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas yang kita sedia maklum. Berikutan daripada itu anak-anak terpaksa masuk lewat ke sekolah. Diharap pihak sekolah dapat mempertimbangkannya." - Mohd Rizal Ahmad
  • "Memasang CCTV di tempat-tempat utama untuk meningkat tahap keselamatan murid-murid. Anjurkan penerangan keselamatan kepada murid-murid." - Sivakrishnan PPN PJK
  • "Harap pihak sekolah melakukan sesuatu bagi mengelak kesesakan waktu pulang sekolah dengan menghalang kenderaan awam yg ingin ke bank agar tidak meletak kereta di kawasan hadapan sekolah kerana mengelak membayar parking MPK." - Mazlan Mohd Sharif
  • "Pengawal Keselamatan untuk melintas jalanraya pada waktu balik budak-budak sekolah dan lain-lain lagi." - Muksin Mambong
KANTIN
  • "Makanan di kantin kurang bersih. Begitu juga dengan persekitarannya. Bukan itu sahaja, makanan dikantin sangat mahal. Harganya kian menaik tetapi kuantiti makanan masih sama." - Sarawathy Kandasamy
  • "Kurangkan harga makanan di kantin sekolah." - Muksin Mambong
  • "Makan di kantin mahal!." - Laitha Kolandaayer
  • "Pihak sekolah memberikan senarai makanan yang dijual di kantin dengan disertakan harga (menu). Sebab seperti yang berlaku ke atas anak2 saya kadang-kadang mereka membeli jenis makanan yang sama pada hari yang berlainan tetapi ada ketikanya wang yang berikan berbaki dan di hari lain pula tiada. jadi kami (ibubapa) agak keliru untuk memikirkan berapakah jumlah wang yang patut diberikan untuk anak-anak. Mungkin anak2 agak ragu2 utk tanyakan harga." - Yahya Andaun
  • "Makanan di kantin mahal dan tidak sedap." - Shari
  • "Pembinaan/perbetulkan kantin dengan siap dan boleh digunakan oleh murid-murid." - Abul Hassan
  • "Makanan yang dlm pinggan untuk dijual pada murid2 hendaklah ditutup dgn plastik mengelak dari debu dan lalat." - Che Bedah Hassan
  • "Harga makanan di kantin terlalu mahal bagi budak sekolah rendah." - Azlila Ismail
  • "Kantin harus diubahsuai segera kerana pelajar tidak dapat membeli makanan." - Teoh Bee Lan
USUL-USUL PENTING YANG LAIN
  • "Gotong-royong membersihkan sekolah." - Hasnah Palu
  • "Gotong-royong membersihkan sekolah." - Kalsom Abu Bakar
  • "Saya sebagai salah seorang ibu kepada pelajar yang belajar di Sekolah S.K Batu unjur, Klang, Selangor mencadangkan supaya mengadakan satu perjumpaan bergotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah anak kita. Ini dapat mencantikkan lagi alam sekitar di sekolah S.K Batu Unjur, Klang, Selangor. Jadi anak-anak kita pun merasa bangga bahawa sekolah mereka sentiasa terjaga akan kebersihan di sekitar Sekolah S. K. Batu Unjur, Klang, Selangor. Sekian dan itu sahaja cadangan saya. Terima Kasih." - Nur Sahida Chin Abdullah
  • "Sentiasa mengadakan gotong-royong/mesyuarat bersama-sama dengan pelajar untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan ibubapa pe;ajar yang lain." - Suhaibah
  • "Walaupun bayaran sudah dibuat utk keperluan seperti baju sukan dan lain-lain, kadang-kadang lambat diberi oleh pihak anda. Sedangkan bayaran semua dijelaskan." - Raduan Peri
  • "Saya cadang agar pihak sekolah menyediakan air percuma (water cooler)." - Maryam Shaharudin
  • "Saya ingin mencadangkan supaya pembayaran yuran sekolah dibayar sebelum sesi persekolahan bermula." - Haireyah Sarahan
  • "Adakan kelas tuisyen setiap minggu untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah. Sentiasa memberi kerja rumah/latihan kepada pelajar untuk membantu pelajar cepat memahami apa yang diajar oleh guru di sekolah." - Suhaibah
  • "AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN (AMP) - Bagaimana pula dengan pelajar yg telah mendapat kelulusan dari PPD Klang, apakah ianya boleh mengisi borang AMP atau sebaliknya, kerana saya difahamkan tahun ini 2010 hanya pelajar sebelumnya sahaja yang sememangnya akan diberi AMP." - Maidah Diman
  • "Adakan kelas komputer supaya pelajar-pelajar celik IT." - Riduwan Mohd Taip
  • "Supaya cikgu yang mengajar dalam kelas agar lebih tegas dan kalau boleh lebih garang sikit dan jangan takut mendenda anak murid sekiranya tidak mengerjakan kerja rumah yang cikgu berikan, dan juga yang tak ikut peraturan-peraturan dalam kelas atau di sekolah agar anak murid lebih berusaha dan berdisiplin insyaallah." - Rita Saharie
  • "Di sini saya ingin usul masalah murid-murid yang suka membuli murid-murid perempuan. Sila tekankan pada murid-murid yang suka membuli dan tolong diambil peduli pada perkara tersebut. Terima kasih." - Mariani Mammak
  • "Merapatkan hubungan di antara guru dan pelajar. Apabila seorang pelajar rapat dengan seorang guru secara tidak langsung pelajar berkenaan tidak akan segan2 bertanya jika kalau ada soalan yang tidak difahami." - Angking Gulam
  • "SUKAN- Tiada penglibatan secara menyeluruh pada semua peringkat pelajar. Pelbagaikan acar sukan. Contoh :- sukaneka untuk tahap 1,2 dan 3, olahraga untuk tahap 4,5, dan 6, supaya kemeriahan dan keseronokan hari sukan sekolah dapat dikongsi oleh seluruh pelajar khasnya." Norazah Yusof
  • "Kelas Bising!." - Wan Azman Hj Wan Ali
  • "Saya cadangkan sewaktu murid nak balik hendaklah bersalam dengan cikgu dan ucapkan terima kasih kepada cikgu untuk lebih mesra hubungan murid dgn cikgu." - Mohd Djabar
  • "Masalah pelajar yg maish tidak pandai membaca, hantar guru ke kursus kaedah membaca dgn cepat, supaya tahu teknik2 untuk mengatasi masalah membaca." - Mohammad Fauzi Mohammad Salleh
  • "Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat2 bersejarah. Kem2 riadah sambil belajar diatur agar lebih ke arah mengeratkan perpaduan kaum." - Rosnida Adnan
  • "Adakan kelas mengaji. Adakan kelas tambahan." - Muksin Mambong
  • "Pelajar tidak faham terhadap kerja rumah yang diberi, tidak ada tunjuk ajar atas kerja rumah yang diberi mengakibatkan kesukaran memahami dan menyelesaikan kerja rumah mereka." - Sivakumar
  • "Tingkatkan disiplin murid-murid supaya lebih mematuhi dan menerima arahan dari cikgu/guru." - Abul Hassan
  • "Pemeriksaan mengejut setiap murid dilakukan untuk mengekalkan tahap disiplin setiap murid. Tahap pembelajaran pengawas juga perlu dititikberatkan." - Sulaiman Kassim
  • "Pengawas atau guru ambil masa 10 minit sebelum tamat kelas untuk memeriksa beg sekolah untuk tahun 1, untuk menghindari dari kehilangan buku2 teks. Murid tahun 1 diberi peluang untuk ke tandas bersama seorang kawan terutamanya murid perempuan untuk mereka menyesuaikan dengan keadaan (3 bulan)." - Che Bedah Hassan
  • "Memberi waktu untuk murid-murid sesi petang untuk mengerjakan solat Zohor/Asar." -Mohamad Azmi Omar

4 comments:

  1. Jangan ada nanti usul tinggal usul je...Jadi,sila le ambil tindakkan.

    ReplyDelete
  2. Setuju tu. tapi sekurang-kurangnya kita nampak gak usul2 yg kita hantor tu. sebelum-sebelum ni mana pernah adanya. Steady PIBG!!!!!! Jika ada halangan atau perlu bantuan, gua kat sini (alam maya aja lah)Kang dah anak gua pulak kena dera. Ingat lagi kes kat subang dulu yang gurubesar tu dera anak ydp pibg pasal bengang dengan bapaknya. Kat sini pun bukan boley caya. Hati2 gak PIBG. Rajin2 tengok dan tanya perubahan anak2. Mana le tahu kan. Tapi rasanya ok kot sebab gurubesar janji nak selesaikan semua. Kita kena la bagi peluang kat mereka.

    ReplyDelete
  3. Klu nk elok lagi ibu bapa kena lah main peranan untuk membamtu PIBG....

    ReplyDelete