Kita telah menerima surat dari pihak SK Batu Unjur hari ini tentang pembayaran tambahan sekolah serta PIBG.
Kami menerima beberapa maklumbalas melalui panggilan telefon & sms dari ibubapa/penjaga yang menyatakan ketidakpuasan hati kerana tarikh pembayaran yang ditetapkan iaitu pada 17 Jun 2009 adalah terlalu singkat dan amat membebankan. (Surat adalah bertarikh pada 15 Jun 2009 dan diserahkan kepada para pelajar pada hari ini 16 Jun 2009)
Kami mengalu-alukan pendapat dan respons anda berkenaan dengan perkara ini agar dapat kami bawa ke pengetahuan pihak pentadbiran sekolah.
Kebanyakan respon yang kami terima adalah :
1) Notis/jangkamasa yang lebih rasional untuk ibubapa/penjaga menjelaskan bayaran tersebut.
APA KOMEN ANDA?
i'm surprised when i got the letter. i know we have to pay but not like this. the school should give us proper duration of times to pay. even rich parents are not happy when last minute things like this. what happen if i dont pay tomorrow? to the committe : please tell the headmaster or who ever not to do like this.
ReplyDeleteSaya pun sokong macam K cakap. Rasa hidup mcm zaman darurat pula.Cakap hari ini,esok dah kena bertindak.Lagi pun ni dah tengah bulan.Duit pun dah paras-paras bahaya je.Saya sarankan agar PIBG boleh tanya sesiapa yang berkenaan agar bagi had tempoh pembayaran.
ReplyDelete